Monday, April 13, 2009

Jika Hanya Aku Terlupa

Jika hanya aku terlupa
pesan Rasulullah s.a.w
bahawa tidak sempurna akhlak tanpa rasa malu

Jika hanya aku terlupa
bahawa kuburan itu sempit,
gelap dan nyata

Jika hanya aku terlupa
bahawa aku di awasi dan diperhati
oleh dua penjaga

Jika hanya aku terlupa
bahawa alam ini sementara dan apa saja padanya
pinjaman dan perhiasan belaka

Jika hanya aku terlupa
bahawa sakitnya dilukai
mengapa mahu melukai

Jika hanya aku terlupa
bahawa dosa-dosa masa laluku
terhapuskah atau masih dikira


Jika hanya aku terlupa
apa saja segala-galanya
PASTI TELAH KU LUAHKAN......

2 comments:

  1. Jika kau lupa, Dia tidak akan melupai,
    Lupa memang adatnya manusia...
    Jika kau terlupa katakanlah saja,
    Bahawa kau memang hamba yang lemah dan pelupa..
    Maka ampunilah dan bimbinglah hambamu ke jalan yg lurus...


    ReplyDelete
  2. dan ironinya...telah kuluahkan segala ketika aku waras, sedar dan jauh sekali terlupa....semuanya ku ingat terang jelas nyata...namun telah kuluahkan jua.....semoga luahan ini luahan suci yang diredai Maha Pencipta...yang menciptakan cinta, rasa.... dan segala....semoga aku diampuni juga...walau tidak pernah aku terlupa!

    ReplyDelete