Wednesday, April 15, 2009
Fitrah Naluri
Dipantai ini ada rasa rindu
ada rasa yang malu diri
seorang aku ini luahkan
Ada keinginan pada sesuatu
yang bukan sengaja
Ada rasa sunyi seluas lautan
di pantai bertepi
Suara dan nyanyian ombak
membangkitkan mahu
pada sesuatu yang bisa saja
kudapati dimana-mana
pada bila-bila masa.
Tapi diri ini inginkan
bukan yang sekadar biasa.
Biarlah datangnya bersama ilmu,
ada taqwa, iman, akhlak bernama malu
pada setiap waktu kita diawasi, diperhati,
ada budi ada pekerti,
halusnya bagai benang
cahaya subuh ketika mengintai dihujung malam,
lembutnya seperti bayu petang, hangat
menyegarkan dan bersamanya ada sedikit
gagah ombak menggauli pantainya
di laut yang tenang.
Dan kucuba juga memadamkan
mahu itu semampu dayaku
namun sehingga saat ini
usahaku umpama pasir
pantai yang cuba menolak ombak bergulung datang
berulang-ulang menerpa,
menjengah minda,
jiwa bagai laut bergelora dipukul badai
ribut dan jasad yang adakalanya merasa lemas
menolak inginnya hati.
Bukan aku lupa pada mati
Bukan lalai aku pada hakikat diri
Bukan juga aku sengaja mencarinya.
Wahai jiwa- bantulah aku mencari Maula-
Mungkin tiada lagi sakinah, mawaddah dan rahmah-
Ayuh terus juga kita cari Mahabbah!
Desaru 16.3.2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
insyaAllah adalah nanti tu...
ReplyDeleteSeruan hatimu umpama desiran ombak..
ReplyDeleteTika pantai diulit bayu...
Tangisanmu tegar berlegar di awangan..
Mohonmu silih berganti harapan yg semakin pudar..
Seumpama harapan tiada yg peduli...
Usahlah bimbang, rupanya Tuhan sedang melihat...
Ketelusan rintihan sekeping hati...
Adakah layak ianya diganjari...
lalu di kirimiNya sebuah hati yang juga sunyi mencari mahabbah setelah juga kehilangan sakinah dan mawaddah...hanya sedikit bekalan rahmah....di selusuri awang-awangan...melalui alam pancaindera tersembunyi....adakah ia juga ketemui apa yang dicari?
ReplyDelete