Monday, April 20, 2009
Ku Mohon
Ku mohon pada Mu
Agar diberi watak yang Kau suka
Biarpun wataknya hanya watak fakir hina
Di pentas dunia yang hina.
Ku mohon pada Mu
Agar watak diriku itu sebenar-benar aku
Jika kejujuran dan ketulusan yang ku lakonkan
Jujur dan tulus itulah aku.
Ku mohon pada Mu
Agar skrip yang kulafazkan dari lidah dan bibir ini
Adalah apa yang sebenarnya tersurat di hati
Jika ikhlas, ikhlaslah tuturnya
Jika luhur,luhurlah ucapannya.
Ku mohon pada Mu
Kiranya lagu apa jua yang kudendangkan
Pada babak-babak kehidupan ini
Jika iramanya redha, merdunya mengalun redha
Jika melodinya sabar, lunaknya sabar itu.
Ku mohon pada Mu
Pada setiap gurindam pilu pada lakonan hampa
bagi setiap bait kata-kata berbunga takwa
Pada lenggok bicara nadanya berirama taat
Lirik luahan rela.
Ku mohon pada Mu
Bagi setiap titisan airmata pada sketsa-sketsa berdosa
Penghayatannya sesalan
Bagi setiap esak luka, pedih pilu tangisan
Ada harapan untuk keampunan.
Ku mohon pada Mu
Di penghujung drama di pentas dunia
Ada anugerah watak mulia
Hadiahnya di luar mampu bicara
Di sana itu, nun di sana- SYURGA.
Ku mohon pada Mu
Rabbi Tuhanku!
21.3.2007
Wednesday, April 15, 2009
Antara darah dan air mata
Antara darah dan air mata
Mana yang lebih berharga?
Darah boleh di derma dan air mata
Mencuci kah ia, akan darah para pejuang, para syuhada
Nun jauh di Gaza
Pada darah pejuang Mujahid mengalir
Haruman syurga semerbak, zahir
Unggas melepasi alam misteri
Penuh cinta indah
Rahmat Ilahi
Pada air mata saudara seagama
Hanya nyanyian dan alunan doa
Sayu sendu mengiringi
Nyanyian zikir mengharap
Redha Ilahi
Ada darah dan airmata pada saudara
Seagama nun jauh di Gaza
Hanya ada airmata dan doa mengiringi
Mengalirnya darahmu yang tak mampu
Kami ganti
Ada airmata dan darah dari saudara
Seagama di sini, tangis dan luka hati kami
Sekadar menyaksikan kekejaman
Namun luka kami hanya di hati
Apalah nilai syahidnya, hanya rasa.
Namun saudara-saudara seagamaku
Nilai darahmu itu, yakin aku
Seluruh alam tak akan bisa menghitungnya
Dan nilai airmata kami seiring dengan
Doa semoga kami bisa berjihad dan berjuang bersamamu
Akan terus membanjiri kota-kota angkuh dan sombong
Makhluk durjana yang lupa
Mereka bukan Raja.
Percayalah saudaraku, setiap titisan darahmu
Sakitnya aku dan setiap gugurnya airmata
Aku tetap berjuang bersamamu walau hanya dengan
Doa, doa, doa.........
6.2.2009
Mana yang lebih berharga?
Darah boleh di derma dan air mata
Mencuci kah ia, akan darah para pejuang, para syuhada
Nun jauh di Gaza
Pada darah pejuang Mujahid mengalir
Haruman syurga semerbak, zahir
Unggas melepasi alam misteri
Penuh cinta indah
Rahmat Ilahi
Pada air mata saudara seagama
Hanya nyanyian dan alunan doa
Sayu sendu mengiringi
Nyanyian zikir mengharap
Redha Ilahi
Ada darah dan airmata pada saudara
Seagama nun jauh di Gaza
Hanya ada airmata dan doa mengiringi
Mengalirnya darahmu yang tak mampu
Kami ganti
Ada airmata dan darah dari saudara
Seagama di sini, tangis dan luka hati kami
Sekadar menyaksikan kekejaman
Namun luka kami hanya di hati
Apalah nilai syahidnya, hanya rasa.
Namun saudara-saudara seagamaku
Nilai darahmu itu, yakin aku
Seluruh alam tak akan bisa menghitungnya
Dan nilai airmata kami seiring dengan
Doa semoga kami bisa berjihad dan berjuang bersamamu
Akan terus membanjiri kota-kota angkuh dan sombong
Makhluk durjana yang lupa
Mereka bukan Raja.
Percayalah saudaraku, setiap titisan darahmu
Sakitnya aku dan setiap gugurnya airmata
Aku tetap berjuang bersamamu walau hanya dengan
Doa, doa, doa.........
6.2.2009
Fitrah Naluri
Dipantai ini ada rasa rindu
ada rasa yang malu diri
seorang aku ini luahkan
Ada keinginan pada sesuatu
yang bukan sengaja
Ada rasa sunyi seluas lautan
di pantai bertepi
Suara dan nyanyian ombak
membangkitkan mahu
pada sesuatu yang bisa saja
kudapati dimana-mana
pada bila-bila masa.
Tapi diri ini inginkan
bukan yang sekadar biasa.
Biarlah datangnya bersama ilmu,
ada taqwa, iman, akhlak bernama malu
pada setiap waktu kita diawasi, diperhati,
ada budi ada pekerti,
halusnya bagai benang
cahaya subuh ketika mengintai dihujung malam,
lembutnya seperti bayu petang, hangat
menyegarkan dan bersamanya ada sedikit
gagah ombak menggauli pantainya
di laut yang tenang.
Dan kucuba juga memadamkan
mahu itu semampu dayaku
namun sehingga saat ini
usahaku umpama pasir
pantai yang cuba menolak ombak bergulung datang
berulang-ulang menerpa,
menjengah minda,
jiwa bagai laut bergelora dipukul badai
ribut dan jasad yang adakalanya merasa lemas
menolak inginnya hati.
Bukan aku lupa pada mati
Bukan lalai aku pada hakikat diri
Bukan juga aku sengaja mencarinya.
Wahai jiwa- bantulah aku mencari Maula-
Mungkin tiada lagi sakinah, mawaddah dan rahmah-
Ayuh terus juga kita cari Mahabbah!
Desaru 16.3.2009
Monday, April 13, 2009
Ku Mohon Anugerah Agung
Ya Allah, datangkanlah tenang
Biar apa kucar-kacir dan hidup hiruk-pikuk
Jiwa ini tetap lapang
Ya Allah datangkanlah ruang
Bagaimana sempitnya hidup dan ujian menghimpit
Jalanku tak akan goyang
Ya Allah datangkanlah cukup
Biar dimana pun aku melihat kelebihan
Hati ini tak akan takjub
Ya Allah datangkanlah ikhlas
Biarpun apa aku lakukan, untuk siapa dan di mana
Nawaituku keranaMU jelas
Ya Allah datangkanlah rendah hati
Biar apapun kumiliki, segala apa ku fahami
Datang dan pergiku tiada yang iri
Ya Allah datangkanlah syukur
Biar aku sentiasa menghargai apa jua pemberian, apa jua ujian
Hatiku tak akan terlentur, jayaku tiada takbur
Ya Allah datangkanlah malu
Biar sekuat mana kemahuan menggamit, mencuit-cuit
Aku tak akan tunduk , jatuh kerana nafsu
Ya Allah datangkanlah taat
Biar kepuncak mana aku tiba, apa jua godaannya
Imanku utuh bertambah kuat
Ya Allah datangkanlah redha
Biar datang biar pergi, apa jua segala
Aku terima berlapang dada
Ya Allah datangkanlah bahagia
biar bagaimana airmataku tumpah lantaran sakitnya rasa
Senyumanku senang manis bergula
Ya Allah berilah kepadaku Ikhsan
Selama nafas masih terhela selagi ada nyawa
Tak akan ku lupa aku siapa... sebagai hamba!
Amin ya rabbal alamin!
Jika Hanya Aku Terlupa
Jika hanya aku terlupa
pesan Rasulullah s.a.w
bahawa tidak sempurna akhlak tanpa rasa malu
Jika hanya aku terlupa
bahawa kuburan itu sempit,
gelap dan nyata
Jika hanya aku terlupa
bahawa aku di awasi dan diperhati
oleh dua penjaga
Jika hanya aku terlupa
bahawa alam ini sementara dan apa saja padanya
pinjaman dan perhiasan belaka
Jika hanya aku terlupa
bahawa sakitnya dilukai
mengapa mahu melukai
Jika hanya aku terlupa
bahawa dosa-dosa masa laluku
terhapuskah atau masih dikira
Jika hanya aku terlupa
apa saja segala-galanya
PASTI TELAH KU LUAHKAN......
pesan Rasulullah s.a.w
bahawa tidak sempurna akhlak tanpa rasa malu
Jika hanya aku terlupa
bahawa kuburan itu sempit,
gelap dan nyata
Jika hanya aku terlupa
bahawa aku di awasi dan diperhati
oleh dua penjaga
Jika hanya aku terlupa
bahawa alam ini sementara dan apa saja padanya
pinjaman dan perhiasan belaka
Jika hanya aku terlupa
bahawa sakitnya dilukai
mengapa mahu melukai
Jika hanya aku terlupa
bahawa dosa-dosa masa laluku
terhapuskah atau masih dikira
Jika hanya aku terlupa
apa saja segala-galanya
PASTI TELAH KU LUAHKAN......
Endless Sea
The House
MUQADDIMAH
HARAPAN MENGHARAPKAN KASIH UMPAMA MENGHARAPKAN KEHIDUPAN DARI SEBUAH KEMATIAN.
MENGHARAPKAN HIDUP DARI SESUATU YANG TELAH MATI UMPAMA MENGUBAH MASA KEMBALI SEMULA
DAN MASA LALU ADALAH SESUATU YANG TELAH PERGI DAN TAK AKAN KEMBALI
SEDANG KASIH DATANG DAN PERGI, SILIH BERGANTI
HANYA CUMA KASIH MANA YANG DITUNGGU, HARAPAN APA YANG DIRINDU
ADUHAI HARAPAN JANGANLAH PUDAR BIAR SEPAHITMANA PUN PENGALAMAN KASIH.
MENGHARAPKAN HIDUP DARI SESUATU YANG TELAH MATI UMPAMA MENGUBAH MASA KEMBALI SEMULA
DAN MASA LALU ADALAH SESUATU YANG TELAH PERGI DAN TAK AKAN KEMBALI
SEDANG KASIH DATANG DAN PERGI, SILIH BERGANTI
HANYA CUMA KASIH MANA YANG DITUNGGU, HARAPAN APA YANG DIRINDU
ADUHAI HARAPAN JANGANLAH PUDAR BIAR SEPAHITMANA PUN PENGALAMAN KASIH.
Subscribe to:
Posts (Atom)