Saturday, August 21, 2010

Menunggu Noktah


 

Andai saja aku mampu

meletakkan noktah pada

ingatan lalu

pada bayangan kenangan

pada gema suara silam

pada aroma suasana

pada gambaran peristiwa

pada putaran masa lalu

suka, ria, luka, lara


 

pasti ku sambut huluran tanganmu

penuh janji mesra

tawaran kasih dan bahagia

pasti kubuangkan segala sampah kecewa

di kamar kosong hati ini membuka ruang untuk mu


 

namun aku tak mampu

cerita ini bukan karanganku untuk

ku akhiri gembira, dinoktahi suka.

Lalu kosong kamar tak mampu ku isi

bicara mesra, lagu bahagia

hanya irama seimbas lalu

dijaringan kenangan entah bila kan beku.

Di tawaf Wada’

Berdosakah

ketika mengelilingi rumahMU

aku merasa bosan pada dunia yang fana

pada kehidupan hiruk pikuk….

aku harus jua hadapi


 

lalu aku terus mengitari

meyuarakan kebosananku

pada kembara ini

yang rasanya masih jauh dan panjang


 

ingin saja aku mengakhiri dan berhenti

menetap di rumah abadi

tapi di manakah rumah itu

bertiangkah ia, ada dinding, lantai,

beratapkah aku?


 

lalu aku sedar

aku tidak punya simpanan untuk berhenti di sini

aku perlu terus bekerja melangsaikan

hutang dosa, mengumpul harta mencari pahala

membina rumah bahagia


 

dan langkahku terus diatur

menghabisi pusingan yang terakhir

rumahMu yang mencuri segala cinta dan rindu…

aku harus kembali

meninggalkan rumahMu yang abadi dihati…

untuk mencari bekal supaya nanti

aku bisa datang lagi

mengitari…..


 


 

30/6/2010

Monday, August 9, 2010

Pantun-pantun

Teragak nak berpantun….he he he…kalau jadi pantun ni!!!


 

Kalau cinta menjadi bosan,

Terus dibiar kan jadi benci.

Kalau tinta jadi tulisan,

Tulislah mendidik santun budi.


 

Kalau sayang mana bukti,

Biarlah bukti jelas dan nyata.

Kalau orang berpegang janji,

Itulah tanda orang yang mulia.


 

Kalau berduit bukan kaya,

Kaya kerana sifat terpuji.

Kalau ilmu menjadi cahaya,

Akhlak jua jadi penyeri.


 

Peram ubi dalam tapaian,

Makan banyak mata kelabu.

Kalau kain jadi pakaian,

Peragakanlah sifat malu.


 

Kalau angin menjadi taufan,

Taufan tak mungkin sepoi bahasa,

Kalau rindu menjadi bosan,

Bosan membawa duka dan lara.


 


 

Asal kapas menjadi benang,

Padi itu buah dan benih.

Memang susah mencari tenang,

Kalau hati tidah jernih.


 

Kalau tenang bukan sunyi,

Tenang menerima ketentuan,

Kalau gendang menjadi bunyi,

Bunyi memuji keagongan Tuhan.


 

Buah hati kekasih orang,

Hamba hanya tumpang bahagia,

Kalau hati memang terang,

Segala ilmu membawa jaya.


 

Terang bulan kerana cahaya,

Gelap malam tiada mentari,

Jika hidup ingin Berjaya,

Fahamilah kewujudan diri.


 

Setakat itu pantun hari ni….sebab pantun ni mula dengan pembayang bukan maksudnya…jadi payah sikit. Lain kali kita cuba lagi!!!


 

Monday, April 26, 2010

It ain’t easy to get lonely

Loneliness is when YOU……


 

write a thousand poem

delete a thousand column


 

post a thousand letter

mix a thousand batter

feed a thousand beggar


 

say a thousand word

catch a thousand bird

swallow a thousand hazard


 

wink a thousand flirt

sweep a thousand dirt

suffer a thousand hurt


 

walk a thousand mile

smile a thousand while

discover a thousand lie


 

cry a thousand tear

live a thousand year

shift a thousand gear


 

fix a thousand button

wish a thousand fountain

climb a thousand mountain


 

tickle a thousand fiddler

draw a thousand picture

drink a thousand mixture


 

spark a thousand light

sleep a thousand night

scratch a thousand bite


 

sing a thousand song

beat a thousand gong

wash a thousand thong

correct a thousand wrong


 

kiss a thousand lip

sail a thousand ship

sway a thousand hip

munch a thousand chip


 

die a thousand time

suck a thousand lime

act a thousand mime

commit a thousand crime


 

ride a thousand camel

break a thousand ankle

age a thousand wrinkle

bottle a thousand pickle

save a thousand damsel


 

kill a thousand crook

cast a thousand look

read a thousand book

taste a thousand cook

throw a thousand hook….


 

And yet….there is only YOU

A thousand moment… a thousand torrent… a thousand torment… a thousand absent… a thousand silent…..

There is only YOU!


 


 


 

Saturday, April 17, 2010

Kerana aku telah kebal!

Kecewa…..

itulah anugerah paling indah

saat hujan airmata gugur

dan lenyap pada tandus kemarau cinta

debur-debur limpahan sedar membanjiri

segenap ruang umpama darah yang berkejaran

pantas sepanjang simpang siur urat sarafku

Ada siraman rahmat dan kasih sayang Ilahi

mengekori hujung butir setiap airmata

Kemarau cinta insan

berganti cinta kudus, agung, suci

lalu aku menjadi kebal

dari segala peluru duka.

Ayuh! Seranglah aku lagi

Dengan hikayat dusta,

lakarlah segala kejelikan dunia di maruah ini

Calitlah segala kotoran yang kau temui pada nama ini

Racuni seluruh alam dengan tuba fitnahmu

Bahagia…

Itulah nilai cinta tiada bahasa meluahkannya

Pada cinta baru ku yang satu

DIA cinta sempurna melindungi apa segala

Tiada nilai cintamu dulu, cinta hamba untuk hamba

Cinta ini abadi, tiada mati!

Wednesday, April 7, 2010

Truant


Shattered, shredded, broken, crushed
Seeing not looking but at bleak future
Floating and swirling like the rise of smoke
Puffed in none out, burning all dreams of hope

 

Young faces unwise
Old ages otherwise
Blatant ignorance
Conspicuously apparent

 

Fatal thinking
Deathly blinking
The end is horrifying
The moment torturing

 

Little boys to school …shoo
This isn't where you belong
The future is you… who?
Why still here..so long!

Friday, March 5, 2010

Alasan

Bernafsu tapi tak mahu dicumbu
Rindu tapi tak mahu bertemu
Sayang tapi tak pulang
Tenang tapi bengang

Kekeliruan boleh datang bila-bila
Tak tentu masa dimana saja
Kekeliruan bukan hanya kerana diri
Tapi kerana apa saja
Yang lain juga
Pada kekeliruan hari ini
Mendengar luahan
Keluhan teman

Cinta tapi tak setia
Kasih tapi sedih
Ragu tapi tak cemburu
Dah tak lalu tapi masih tunggu

Jangan jadikan kekeliruan sebagai alasan
hidupmu untukmu biar dengan siapa kehidupannnya
Kerana diakhir kehidupan masih ada kehidupan
Kita betemu janji Tuhan
Kelirumu, jelasmu, lakonanmu
Tuhan pasti tahu!

Thursday, January 7, 2010

Apakah kurang diriku?

Kerana aku tidak memiliki kelembutan Siti Khadijah
Tidak juga kecantikan Siti Aishah
Atau kesabaran Siti Fatimah

Kerana aku juga tidak memiliki kecekalan Mashitah
Tidak juga keberaniah Asmah
Atau ketaqwaan Sumaiyah

Kerana aku hanya perempuan biasa
Kerana aku hanya insan kerdil
Dalam kelompok buih-buih di muka lautan
Seringkali gagal melawan gelombang yang menolak bebuih
Banyak dan memutih....
Tiada dayaku melainkan dengan
Pertolongan Yang Maha Kuasa!

Wednesday, January 6, 2010

Pada Indah NamaMU.

Benarkah sayang?
Benarkah kasih?
Benarkah cinta?

Mana sayang itu, apa tandanya?
Mana kasih itu, apa maknanya?
Mana cinta itu, apa buktinya?

Jangan ucap sayang kasih cinta
Jika hanya memandang melihat dan menunggu
Jika hanya mendengar kelu bisu
Jika hanya diam tunduk kaku

Tunjukkkanlah tandanya
Jelaskanlah maknanya
Buktikanlah ia

Dengan lantang suara
Dengan gagah bicara
Dengan kudrat tenaga
Dengan perjuangan apa saja

Semoga alam dan segala apa
Di dalamnya bisa menjadi saksi
Benar dan teguh sayang kasih cinta ini
Untuk dibalas dengan seindah sehebat sesuci-suci
Sayang kasih cinta.