Kecewa…..
itulah anugerah paling indah
saat hujan airmata gugur
dan lenyap pada tandus kemarau cinta
debur-debur limpahan sedar membanjiri
segenap ruang umpama darah yang berkejaran
pantas sepanjang simpang siur urat sarafku
Ada siraman rahmat dan kasih sayang Ilahi
mengekori hujung butir setiap airmata
Kemarau cinta insan
berganti cinta kudus, agung, suci
lalu aku menjadi kebal
dari segala peluru duka.
Ayuh! Seranglah aku lagi
Dengan hikayat dusta,
lakarlah segala kejelikan dunia di maruah ini
Calitlah segala kotoran yang kau temui pada nama ini
Racuni seluruh alam dengan tuba fitnahmu
Bahagia…
Itulah nilai cinta tiada bahasa meluahkannya
Pada cinta baru ku yang satu
DIA cinta sempurna melindungi apa segala
Tiada nilai cintamu dulu, cinta hamba untuk hamba
Cinta ini abadi, tiada mati!
satu sajak yang amat bermakna dan menarik..setiap ayat ditulis dengan begitu cantik sekali. cantik bukan sebarang cantik, cantik yg juga membawa makna yg mendalam kepada sesiapa yg mampu mentafsir sajak ini. kudos untuk madam nik!
ReplyDeleteThank you so much!
ReplyDelete