Teragak nak berpantun….he he he…kalau jadi pantun ni!!!
Kalau cinta menjadi bosan,
Terus dibiar kan jadi benci.
Kalau tinta jadi tulisan,
Tulislah mendidik santun budi.
Kalau sayang mana bukti,
Biarlah bukti jelas dan nyata.
Kalau orang berpegang janji,
Itulah tanda orang yang mulia.
Kalau berduit bukan kaya,
Kaya kerana sifat terpuji.
Kalau ilmu menjadi cahaya,
Akhlak jua jadi penyeri.
Peram ubi dalam tapaian,
Makan banyak mata kelabu.
Kalau kain jadi pakaian,
Peragakanlah sifat malu.
Kalau angin menjadi taufan,
Taufan tak mungkin sepoi bahasa,
Kalau rindu menjadi bosan,
Bosan membawa duka dan lara.
Asal kapas menjadi benang,
Padi itu buah dan benih.
Memang susah mencari tenang,
Kalau hati tidah jernih.
Kalau tenang bukan sunyi,
Tenang menerima ketentuan,
Kalau gendang menjadi bunyi,
Bunyi memuji keagongan Tuhan.
Buah hati kekasih orang,
Hamba hanya tumpang bahagia,
Kalau hati memang terang,
Segala ilmu membawa jaya.
Terang bulan kerana cahaya,
Gelap malam tiada mentari,
Jika hidup ingin Berjaya,
Fahamilah kewujudan diri.
Setakat itu pantun hari ni….sebab pantun ni mula dengan pembayang bukan maksudnya…jadi payah sikit. Lain kali kita cuba lagi!!!
No comments:
Post a Comment