Showing posts with label collection. Show all posts
Showing posts with label collection. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Apakah kurang diriku?

Kerana aku tidak memiliki kelembutan Siti Khadijah
Tidak juga kecantikan Siti Aishah
Atau kesabaran Siti Fatimah

Kerana aku juga tidak memiliki kecekalan Mashitah
Tidak juga keberaniah Asmah
Atau ketaqwaan Sumaiyah

Kerana aku hanya perempuan biasa
Kerana aku hanya insan kerdil
Dalam kelompok buih-buih di muka lautan
Seringkali gagal melawan gelombang yang menolak bebuih
Banyak dan memutih....
Tiada dayaku melainkan dengan
Pertolongan Yang Maha Kuasa!

Saturday, May 2, 2009

pada hati setiap nadi

ada detik
hati berkata
benarkah aku

ada saat
hati bertanya
mengapa aku

ada ketika
hati merayu
tolonglah aku

ada waktu
hati memuji
bahagianya aku

ada masa
hati merasa
berdosanya aku

ada hari
hati merindu
sunyinya aku

ada minggu
hati keliru
tepatkah langkahku

ada bulan
hati mengharap
penuhilah hajatku

ada tahun
hati menghitung
banyakkah amalku

dan nanti

ada zaman
hati dipersoalkan
baikkah, burukkah kamu?

Oh Allah have mercy on me!

revelation
is the day
when understanding, couldn’t describe what is understood
lights couldn’t brighten up enlightenment
sights couldn’t visualize insights
when opening couldn’t reveal what is disclosed
when meanings failed to comprehend meaningful.
for everything that i see
all that i hear
each word that i say
every smell and taste
all that i feel
everything that evokes the mind and senses….
all that i see is
YOU!

Wednesday, April 15, 2009

Antara darah dan air mata

Antara darah dan air mata
Mana yang lebih berharga?
Darah boleh di derma dan air mata
Mencuci kah ia, akan darah para pejuang, para syuhada
Nun jauh di Gaza

Pada darah pejuang Mujahid mengalir
Haruman syurga semerbak, zahir
Unggas melepasi alam misteri
Penuh cinta indah
Rahmat Ilahi

Pada air mata saudara seagama
Hanya nyanyian dan alunan doa
Sayu sendu mengiringi
Nyanyian zikir mengharap
Redha Ilahi

Ada darah dan airmata pada saudara
Seagama nun jauh di Gaza
Hanya ada airmata dan doa mengiringi
Mengalirnya darahmu yang tak mampu
Kami ganti

Ada airmata dan darah dari saudara
Seagama di sini, tangis dan luka hati kami
Sekadar menyaksikan kekejaman
Namun luka kami hanya di hati
Apalah nilai syahidnya, hanya rasa.

Namun saudara-saudara seagamaku
Nilai darahmu itu, yakin aku
Seluruh alam tak akan bisa menghitungnya
Dan nilai airmata kami seiring dengan
Doa semoga kami bisa berjihad dan berjuang bersamamu
Akan terus membanjiri kota-kota angkuh dan sombong
Makhluk durjana yang lupa
Mereka bukan Raja.

Percayalah saudaraku, setiap titisan darahmu
Sakitnya aku dan setiap gugurnya airmata
Aku tetap berjuang bersamamu walau hanya dengan
Doa, doa, doa.........


6.2.2009

Fitrah Naluri


Dipantai ini ada rasa rindu
ada rasa yang malu diri
seorang aku ini luahkan
Ada keinginan pada sesuatu
yang bukan sengaja
Ada rasa sunyi seluas lautan
di pantai bertepi
Suara dan nyanyian ombak
membangkitkan mahu
pada sesuatu yang bisa saja
kudapati dimana-mana
pada bila-bila masa.
Tapi diri ini inginkan
bukan yang sekadar biasa.
Biarlah datangnya bersama ilmu,
ada taqwa, iman, akhlak bernama malu
pada setiap waktu kita diawasi, diperhati,
ada budi ada pekerti,
halusnya bagai benang
cahaya subuh ketika mengintai dihujung malam,
lembutnya seperti bayu petang, hangat
menyegarkan dan bersamanya ada sedikit
gagah ombak menggauli pantainya
di laut yang tenang.
Dan kucuba juga memadamkan
mahu itu semampu dayaku
namun sehingga saat ini
usahaku umpama pasir
pantai yang cuba menolak ombak bergulung datang
berulang-ulang menerpa,
menjengah minda,
jiwa bagai laut bergelora dipukul badai
ribut dan jasad yang adakalanya merasa lemas
menolak inginnya hati.
Bukan aku lupa pada mati
Bukan lalai aku pada hakikat diri
Bukan juga aku sengaja mencarinya.
Wahai jiwa- bantulah aku mencari Maula-
Mungkin tiada lagi sakinah, mawaddah dan rahmah-
Ayuh terus juga kita cari Mahabbah!

Desaru 16.3.2009