Wednesday, July 6, 2011

ikan dan lautan

benarkah ikan itu
benihnya kedukaan
yang berenang
dalam lautan semasin airmata
tumpah melimpah

semakin dalam lautan
semakin masin ia
semakin pelbagai ikannya
berenang menyelam
memeram

apakah ikan itu
penapis duka
tawar pula isinya
berenang-renang dalam titisan
memedihkan mata

pedihkah mata ikan
sepedih mata ini
membuak lautan air masin
membanjiri alam keliling
di mana ikan-ikan itu?

No comments:

Post a Comment