Panas berbahang
Hangat terik membakar
Kulit-kulit dan urat saraf
Bagai terasa hangat suam
Darah yang mengalir
Dari urat-urat dalam diri
Tekak kering peluh mengalir melekit
Alangkah tidak selesa
Berada di mana-mana dalam suasana ini
Hanya kerana matahari
Nun jauh-jauh di sana
Berada selari di garisan tinggal kita
Nun jauh-jauh di sana
Bagaimanakah nanti
Melalui hari-hari bila matahari
Hanya sejengkal jari dari kepala
Ngeri, aduh ngerinya........
No comments:
Post a Comment