Thursday, January 7, 2010

Apakah kurang diriku?

Kerana aku tidak memiliki kelembutan Siti Khadijah
Tidak juga kecantikan Siti Aishah
Atau kesabaran Siti Fatimah

Kerana aku juga tidak memiliki kecekalan Mashitah
Tidak juga keberaniah Asmah
Atau ketaqwaan Sumaiyah

Kerana aku hanya perempuan biasa
Kerana aku hanya insan kerdil
Dalam kelompok buih-buih di muka lautan
Seringkali gagal melawan gelombang yang menolak bebuih
Banyak dan memutih....
Tiada dayaku melainkan dengan
Pertolongan Yang Maha Kuasa!

Wednesday, January 6, 2010

Pada Indah NamaMU.

Benarkah sayang?
Benarkah kasih?
Benarkah cinta?

Mana sayang itu, apa tandanya?
Mana kasih itu, apa maknanya?
Mana cinta itu, apa buktinya?

Jangan ucap sayang kasih cinta
Jika hanya memandang melihat dan menunggu
Jika hanya mendengar kelu bisu
Jika hanya diam tunduk kaku

Tunjukkkanlah tandanya
Jelaskanlah maknanya
Buktikanlah ia

Dengan lantang suara
Dengan gagah bicara
Dengan kudrat tenaga
Dengan perjuangan apa saja

Semoga alam dan segala apa
Di dalamnya bisa menjadi saksi
Benar dan teguh sayang kasih cinta ini
Untuk dibalas dengan seindah sehebat sesuci-suci
Sayang kasih cinta.